Tahanan di Penjara Aleppo Tengah gembira dengan kejayaan askar kerajaan membebaskan kawasan terbabit dari cengkaman pengganas.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setelah setahun enam bulan pertempuran sengit berlangsung, akhirnya askar Syria berjaya membebaskan penjara Aleppo Tengah dari cengkaman pengganas.
Dalam operasi pembebasan ini, askar Syria berjaya mengawal bahagian Timur kawasan terbabit sepenuhnya selain membebaskan sebuah penjara besar di samping membasmi pengganas di bahagian Barat dan kota perindustrian Syeikh Najjar.
Tindakan pantas askar kerajaan menguasai menara kawalan penjara tersebut telah menyebabkan pengganas kehilangan semangat dan akhirnya kecundang. Kumpulan pengganas Jabha Nusra yang sebelum ini meminta bantuan segera dari unit-unitnya terpaksa berundur dari Penjara Aleppo Tengah dan melarikan diri ke perkampungan Hailan.
Penjara Aleppo Tengah merupakan tempat strategik untuk dijadikan kubu pertahanan pengganas.
Kejayaan terkini askar Syria merupakan pesanan penting dalam konflik berdarah di rantau tersebut bahawa askar kerajaan dijangka akan mencapai lebih banyak kejayaan yang memberangsangkan.










.................